Rabu, 29 April 2009

Assalamualaikum kepada semua pembaca .. di ruangan ini saya mengambil kesempatan untuk memperkenalkan produk kesihatan khas untuk umat islam diseluruh negara. Produk ini diusahakan oleh sebuah syarikat milik usahawan bumiputra (beragama islam) yang pertama sekali di Malaysia iaitu Syarikat Qurba Sdn Bhd membuat kajian yang mendalam terhadap herba-herba khazanah perubatan islam.
Saya sekeluarga telah mencuba kesemua produk dan terus mengamalkannya sehingga sekarang kerana yakin akan keberkesanan produk-produk Khazanah Perubatan Islam dan sebagai umat islam saya ingin memartabatkan kembali Khazanah Perubatan Islam kepada umat islam seluruh MALAYSIA.


PRODUK-PRODUK ADALAH SEPERTI DI BAWAH ;-


1. KHAL THAMAR PLUS


2. MADU MINDA


3. FAKEH MINDA


4. LI-KHAMSATUN


5. ZAFARAN


6. KOPI IBNU SINA


7. TEH HALIA IBNU SINA


semua produk bersumberkan daripada Al-quran, Sunnah dan Pendapat ulamak Perubatan Islam.




KHASIAT PRODUK-PRODUK TERSEBUT



KHAL TAMAR PLUS


Rahsia orang Arab mampu makan seekor kambing hanya untuk dua tiga orang sahaja tanpa risau terkena penyakit-penyakit berbahaya.


KHAL TAMAR PLUS merupakan penyembuh penyakit digeruni seperti darah tinggi, kencing manis, jantung, kolestrol dan obesiti (kegemukan).


Bersabda Rasulullah S.A.W., "Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL. Ya Allah berkatilah pada KHAL , sesungguhnya KHAL adalah makanna nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah. " (hadis muslim 2052, Ibnu Majah 3318)


KHAL PENYEMBUH PELBAGAI PENYAKIT KRONIK YG DIGERUNI ZAMAN INI SPT DARAH TINGGI, KENCING MANIS, KOLESTROL, OBESITI, JANTUNG, DAN LAIN-LAIN.




APA ITU KHAL ?


KHAL yang dihasilkan oleh syarikat Qurba S/B ini dibuat daripada buah tamar (kurma) menurut kaedah yang dicadangkan oleh Ulamak Perubatan Islam dalam kitab-kitab perubatan mereka. KHAL adalah satu bentuk minuman kesihatan badan, dicampur dengan madu lebah dari negara slam iaitu Iran, dimakan bersama herba-herba penting bagi mencapai kesihatan dan penyembuhan yang maksimum.




KHAL dicampur dengan madu asli dari negara Iran kerana menurut kitab-kitab perubatan Islam ianya dapat mecepatkan tindakbalas kesihatan badan serta penyembuhan pelbagai penyakit. Madu lebah juga adalah ubat yang turun bersama wahyu.


(lihat surah Al-Nahl, ayat 65-69)


KENAPA KHAL DIPERLUKAN OLEH TUBUH BADAN KITA ?


KHAL kaya dengan kandungan potassium bagi membantu mengekalkan keremajaan (awet muda) dan kaya dengan vitamin seperti vitamin C, E B1, B6, beta-karotena dan vitamin P (bioflavonoid). KHAL juga dapat memotong lmak, kolestrol, asid-asid yang tidak diperlukan oleh badan kita (menstabilkan asid dalam badan), memotong garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya.




KHAL DAN PENJAGAAN BADAN (slimming) SEMULAJADI


KHAL dapat membantu membuangkan kolestrol dan lemak di dalam badan terutamanya pada sistem usus di perut, lemak disaluran jantung, lemak di buah pinggang, membaiki fungsi buah pinggang dan lemak yang berlebihan yg boleh membawa pelbagai penyakit dengan cara memulihkan sel-sel organ badan.


KHAL membantu serta mengawal dan mengimbangkan berat badan (obesiti). KHAL mencepatkan proses awet muda, badan yang cantik (slimming), keremajaan kulit di muka, melambatkan proses penuan dan membuang lemak di perut. KHAL juga membuatkan kulit kelihatan sihat, melegakan kulit yang kelihatan terbakar terutamanya di muka, tangan dan bintik-bintik hitam di muka.




KHASIAT DAN KELEBIHAN KHAL


KHAL dapat menyembuhkan penyakit yang digeruni seperti kencing manis, darah tinggi, membuang kolestrol, lemak di jantung dan usus, mencegah obesiti dan penjagaan kecantikkan badan (slimming).


KHAL juga mampu mencegah masalah asid berlebihan, gout, buasir, masalah usus, sembelit, membuang toksik, menstabilkan kepanasan badan, migrain serta penjagaan kulit.


ARAHAN PENGAMBILAN


Cara Pertama :


Ambil 3 sudu besar KHAL dicampur dengan 1 sudu kecil (teh) herba dan diminum.


Cara Kedua :


Masukkan semua serbuk herba ke dalam bekas KHAL, goncang dan minum sebanyak 15ml-20ml.


Kandungan setiap botol adalah 1liter dan diambil pada waktu pagi selepas makan sarapan dan malam sebelum tidur.






FAQEH MINDA & MADU MINDA -makanan kecerdasan minda-


Membongkar rahsia dari khazanah Perubatan Islam 12 herba pilihan untuk kecergasan minda. Melalui FAQEH penyelsaian terhadap persoalan kenapa ulamak-ulamak terdahulu mampu menhafal Al-Quran dan beribu-ribu Hadis, mempunya akal yang cemerlang, bijak berijthad, menyelesaikan masalah umat serta tidak lupa dan nyanyuk sepanjang hayat mereka.

FAQEH adalah makanan kecerdasan otak hasil gabungan bahan-bahan dari tumbuh-tumbuhan yang dikeringkan, tiada bahan kimia, ubat penahan atau pewarna. Di hasilkan melalui kaedah saintifik dalam bentuk tablet dan juga dalam bentuk cecair. FAQEH sesuai untuk semua golongan.




BAHAN-BAHAN DLM FAQEH

1. Asal (Madu Lebah) - menguatkan ingatan


2. Karaps (Bijirin) - menguatkan ingatan

3. Za'faran (Stigma Bunga) - kecerdasan minda


4. Su'dun (Akar Tumbuhan) - kecerdasan minda

5. Qaranful (Bunga) - menguatkan daya ingatan


6. Lubban (Getah Pokok) - menguatkan hati dan daya ingatan

7. Zanjabil (Ubi Tumbuhan) - menguatkan ingatan


8. Khardal (Bijirin) - menguatkan daya ingatan

9. Na'na (Daun) - kecermelangan minda


10. Habbatus Sauda (Bijirin) - penyembuh setiap penyakit kecuali mati

11. Adas ( Bijirin) - menguatkan ingatan


12. Zabib (Buah) - menguatkan daya hafalan dan ingatan

13. Laban (Pure Goat Milk) - terlalu banyak khasiatnya






KHASIAT FAQEH

Kanak-kanak yang sedang membesar dengan pertumbuhan akal yang cerdas, pintar serta sihat. Sesuai juga untuk pelajar supaya dapat menerima pelajaran dengan baik, aktif, berdaya saing.


Untuk orang dewasa, lanjut usia, mengekalkan ingatan, elak lupa serta nyanyuk. Baik untuk penyakit mental, sakit kepala dan seumpamanya.

CARA PENGAMBILAN


Sebelum makan hendaklah diniat untuk kecergasan minda demi beribadat kepada Allah. Membaca Selawat kepada Nabi S.A.W serta membaca Al-Fatihah.


FAQEH MADU MINDA


Umur 1 hingga 5 tahun - ( 1/2 sudu kecil )

Umur 6 hingga 12 tahun (1 sudu kecil )


Umur 13 tahun ke atas (2 sudu)

Dimakan 2 kali sehari pagi dan malam




FAQEH MINDA

Umur 3 hingga 12 tahun - 2 hingga 4 tablet sehari


Umur 13 tahun ke atas - 4 hingga 6 tablet sehari

Di makan secara hisap atau kunyah pada waktu pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur.









LI KHAMSATUN


Satu-satunya makanan kesihatan berasaskan 20 herba pilhan Khazanah Perubatan Islam khusus untuk membuang toksik dalam badan serta memulihkan fungsi kesemua organ dalam badan. Kesemua herba ini mempunyai dalil dan pendapat yg cukup hebat dalam Khazanah Perubatan Islam.

Bersabda Rasullullah S.A.W " makanlah olehmu hindiba dengan cara kesemua bahagian pokok tersebut, sesungguhnya tidak sehelai dari daun hindiba itu melainkan mengandungi air dari syurga."


Hendaklah kamu memakan hindiba kerana ianya dapat menyuburkan air mani dan mencantikkan muka (awet muda)."



BAHAN DALAM LI KHAMSATUN

5 daripada 20 herba gabungan dalam produk Li khamsatun


1. Hindiba

2. Habbatus Sauda


3. Babunaj

4. Hulbah

5. Zanjabil

KHASIAT LI KHAMSATUN


Antara khasiatnya adalah mengubati masalah jantung, buah pinggang, paru-paru, masalah usus, sistem penghadaman, gastrik, angin dalam badan, menstabilkan darah, darah tinggi, menstabilkan suhu badan, sakit dada, kencing manis, maslah keletihan, nafsu makan, memberi tenaga kelamin, sakit urat dan sendi, masalah limpa, hempedu, awet muda, membuang keracunan toksin dalam badan, mengelaknya terjadi barah, dll.

Kesimpulannya LI KHAMSATUN adalah perubatan semulajadi menggunakan sumber alam ciptaan Allah secara terus, tidak ada bahan kimia, perasa, pengawet, pewarna yg boleh membawa kesan sampingan yg buruk.




CARA MENYEDIAKANNYA

Campurkan kesemua serbuk herba ke dalam bekas madu digaul sehingga sebati atau 1 sudu madu + 1/4 sudu teh serbuk herba dan diambil 1-2 kali sehari (siang & malam)


perhatian !!!

Jika anda mecampurkan sekali herba dan madu ianya boleh digunakan dalam masa 2 bulan


Jika anda memilih kaedah yang kedua ianya dapat bertahan sehingga setahun.





KOPI HERBA IBNU SINA

Kopi Ibnu Sina adalah gabungan 4 dalam 1 yang terdiri daripada herba-herba penting untuk kesihatan manusia yang mana setiap satu daripada herba tersbut mempunyai nas atau dalil kebaikannya . Antara campurannya adalah Habbatus Sauda, Hindiba, Hulba dan Zanjabil.

Antara kenyataan Ibnu Sina tentang khasiat Hindiba ;

Berkata Ibnu Sina : Hindiba dapat membuka segala yang tersumbat di saluran makanan (usus) dan di dalam urat saraf. Mengubati penyakit mata, menhapuskan penyakit keputihan di mata (selaput mata) dan menstabilkan denyutan jantung. Bermanfaat untuk penyakit kerongkong, melgakan kahak serta membaiki usus-usus di perut. Hindiba merupakan penawar yang terpilih untuk mengatasi segala masalah kelemahan di perut.


(kitab Al-Qanun fi al-Tib m.s 550)




TEH HERBA IBNU SINA

Teh Herba Ibnu Sna adalah gabungan Halia (Zanjabil) dan Za'faran (Saffron), dua bahan yang menjadi amalan minuman tradisi masyarakat Arab serta digalakkan oleh Ulama Perubatan Islam.

Zanjabil atau Halia adalah satu herba yang disebut dalam Al-Quran dalam surah "Al-Insan" yang bermaksud "Mereka dalam syurga itu diberi minum sejenis minuman yang campurannya adalah dari Zanjabil".

Za'faran atau Saffron adalah satu herba yang mempunyai khasiat yang sangat banyak terutamanya mengubati segala masalah darah, membina otak yang cerdas, tidak lupa dan nyanyuk, membaiki sistem organ badan serta mengembalikan kesegaran daban sepanjang hari.



ZA'FARAN ATAU SAFFRON

Za'faran atau Saffron adalah sejenis tumbuhan berbunga yang mana stigma bunga ini diambil dan dikeringkan. Setiap bunga mempunyai tiga helai stigma. Untuk mendapatkan 1kg Za'faran tulen, sebanyak 150 ribu bunga yang diperlukan. Maka tidak hairanlah tumbuhan ini digelar sebagai "Longgok Emas Padang Pasi" kerana herbanya yang sangat mahal harganya sehingga RM20,000-00 sekilo.

KHASIAT ZA'FARAN

Za'faran kaya dengan vitamin B1 dan B2 (Riboflavin dan Tiamin). Ianya dapat membantu menyempurnakan proses penghadaman, menguatkan ingatan, merawat anemia, mengawal tekanan darah dan kolestrol, mengurangkan risiko serangan sakit jantung, mengurangkan keletihan, sembelit, bisa-bisa sendi, penenang dan juga peransang tenaga batin. Pengambilan secara tetap membolehkan tubuh membina daya ketahanan menghadapi pelbagai penyakit seperti asma dan demam biasa.

Za'faran juga dapat memulihkan kelemahan tenaga batin untuk lelaki dan wanita dam merawat masalah ketidaksuburan serta menguatkan rahim selepas bersalin.

Air campuran Za'faran dapat mencuci darah dalam badan. Darah yang sihat akan membentuk pengaliran darah ke otak dengan baik serta membina pertumbuhan otak yang cergas, mengelak daripada lupa dan nyanyuk sepanjang hayat.